Sunday, October 12, 2008

Game is Over

Tiada satu saat yang lebih penting dalam perjalanan hidup manusia selain saat kematiannya. Saat menempuh mati itulah saat paling getir, genting, gerun, dahsyat dan mengejutkan. Namun, adakalanya ia menjadi saat palingmanis dan menggembirakan. Saat itu juga permulaan perpindahan roh selepas berpisah dari jasad lahirmanusia. Alam syahadah yang nyata kepada kita ketika ini akan ditinggalkan. la akan menjadi ghaib pula. Sementara akan menjadi nyata ketika saat mati itu ialah kehidupan yang selama ini ghaib bagi kita. Kehidupan di alam ghaib sana itulah kehidupan yang sebenar. Di saat-saat akhir itu kita akan bertemu dengan makhluk asing yang belum pernah kita lihat. Malaikat datang menjelma dengan rupa dan cara yang sesuai dengan iman dan amal kita. Jika baik iman dan amal kita maka baiklah rupaparas dan budi bahasanya. Namun jika sebaliknya, ia akan datang dengan rupaparas yang menakutkan. Ditambah lagi dengan tempik herdik dan kekasaran tanpa belas kasihan. Makhluk asing dari kalangan iblis dan syaitan juga bakal mengerumuni kita. Mereka datang berbondong-bondong untuk menyesatkan kita dengan berbagai cara dan rupa. Ketika itu kekuatan fizikal dan kepandaian bukan lagi harapan dan taruhan untuk membenteng tipu daya mereka.Ketika ajal menghampiri, akan disingkapkan tempat pembalasan yang bakalditerima. Firman Allah SWT: *"Maka Kami singkapkan **daripadamu tutup (yang menutupi) **matamu, maka penglihatanmu pada **hari itu amat tajam." *(Qaaf:22) Ketika itu barulah datang yakin dan pasti bahawa mati itu benar, syurga dan neraka itu benar, mahsyar itu benar, hisab itu benar dan pertemuan dengan Allah itu benar. Barulah jelas betapa bernilainya amal soleh walau sebesar zarah sekalipun. Jikalau boleh segala yang kita miliki ingin dijadikan tebusan untuk mengelakkan azab dan membeli nikmat. Firman Allah: *"Dan sekiranya orang-orang zalim **itu mempunyai segala apa jua pun **di bumi, disertaisebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas dan nyatakepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang belum pernah mereka fikirkan. Dan sudah tentu nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang telahmereka usahakan, dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejekkani**tu*."(az- Zumar: 47-48) Setelah itu kita pasti akan berharap agar ditunda sahaja perpisahan darialam nyata ini. Namun saat mati mustahil dapat ditangguhkan lagi walau sedetik. Waktu itu sudah terlambat. Firman Allah: *"Kesudahan golongan yangk**ufur engkar itu apabila sampai ajal maut kepada seorang daripada **mereka,berkatalah ia: "Wahai **Tuhanku, kembalikanlah daku (untuk h**idup semula didunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal soleh **dalam perkara-perkara yang telah a**ku tinggalkan. Sekali-kali tidak! **Sesungguhnya itu adalahperkataan yang diucapkannya sahaja, sedang d**i hadapan mereka ada dinding (**alam barzakh yang mereka tinggal t**etap dalamnya) hingga harimereka **dibangkitkan(kiamat)." *(al-Mukminun: 99-100) Saat mati itu juga adalah saat paling pedih, penuh dengan penyesalan, kesedihan dan kekecewaan. Ini terasa apabila melihat segala keduniaan yangkita kumpul selama ini - kuasa, pangkat, harta, anak pinak, isteri dan kawan-semuanya bakal ditinggalkan. Semua itu telah melalai-lekakan kita, mengorbankan banyak masa dan tenaga namun nilainya tidak seberapa. Lebih pedih lagi apabila semua yang pernah kita buru dan berikan kecintaanitu tidak akan mengikut kita. Perpisahan dengan yang amat dicintai amat menyedihkan. Rasa tertipu dan dikecewakan apabila cinta tidak berbalas amat mendukacita. Lalu menjadi nyatalah bahawa hidup di dunia ini penuh dengan main-mainan, kepura-puraan dan sandiwara belaka. Tempoh hidup di dunia amat singkat rasanya. Apabila segala hakikat tersingkap, terasa sekali hidup initelah dipersia-siakan. Firman Allah: *"Katakan (wahai Muhammad): Mahukah Kami **khabarkan kepadakamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya **amal-amal perbuatannya?(laitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia **ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik padaapa sahaja yang mereka **lakukan*." (al-Kahfi: 103-104) Keluhan penyesalan tidak bermakna lagi. *Rasanya biarlah mati **itu "gameover" yakni tamat segala-**galanya dan tidak dibangkitkan lagi.* FirmanAllah: *"Alangkah baiknya kalau **kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku) ; harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikit pun; kekuasaaanku (dan hujah-hujah membela diri), telah binasa dan lenyap dariku." *(al-Haqqah: 27-29)Amat berlainan sekali keadaan dan rasa hati para kekasih Allah menghadapi saat kematian mereka. Di dalam al-Quran ada digambarkan; *"Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, mereka tidak merasa takut **dan tidak berdukacita. " *(Yunus: 62) Mereka tidak berasa takut untuk bertemu Allah,tidak seperti kita. Bahkan mereka tidak sabar-sabar untuk bertemu Allah. Mati itu menghalang bertemunya cinta. Mereka juga tidak berasa sedih untuk meninggalkan dunia ini untuk berdepandengan akhirat. Kerana akhirat dilihat sebagai tempat rehat dan berhibur yang sejati. Saat mati adalah saat penentu. Sebenarnya keadaan hidup di akhirat ditentukan oleh saat keadaan mati seseorang itu. Sementara keadaan mati seseorang itu pula ditentukan oleh keadaan hidupnya di dunia. Apakah kesudahan yang baikyang kita cari atau kesudahan yang buruk? *Ketika hidup di dunia inilah kita membuat pemilihan dan penentuan.* Selama nyawa belum sampai ke halkum, selagi itu masih ada peluang untuk membaiki keadaan.

No comments: